Undi tidak percaya: Macam ramalan cuaca

KOTA BHARU: “Parlimen sekarang berlangsung sebulan, kita tengoklah. Kalau tak jadi undi tidak percaya tak ada apa, macam ramalan cuaca juga.

Advertisement

“Dijangka hujan, kalau tak hujan nak kata macam mana. Ramalan cuaca kata hujan dan ribut, tiba-tiba cuaca terang jadi kita nak salahkan siapa. Nama pun ramalan,” kata Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini katanya, isu dakwaan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di Parlimen perlu dilihat terlebih dahulu.

Sebelum ini pemimpin PAS dalam kenyataan menyebut parti itu bersedia menyokong Dr Mahathir jika berlaku undi tidak percaya di parlimen.

Semalam Timbalan Presiden PKR Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dilapor berkata, tidak timbul isu undi tidak percaya terhadap perdana menteri kerana mendapat sokongan Pakatan Harapan. – HARAKAHDAILY 13/3/2019