Kurang kesedaran, lambat maklum bahaya pencemaran

pg8

PASIR GUDANG: Mangsa akibat dari pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim mencecah hampir 1,000 orang setakat jam 10 pagi ini, namun berdasarkan pemerhatian Harakahdaily, rata-rata penduduk masih mengabaikan aspek keselamatan.

Advertisement

Antara aspek keselamatan yang diabaikan ialah pemakaian topeng muka mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Menurut Pengarah Jabatan Amal Malaysia (JAM) Johor, Iqbal Ghani Ismail, antara punca pengabaian aspek keselamatan adalah kurangnya kesedaran tentang bahaya pencemaran tersebut di kalangan penduduk.

Katanya, ia berkemungkinan disebabkan tindakan kerajaan yang tidak mewar-warkan tentang bahaya pencemaran tersebut.

“Tindakan kerajaan negari yang agak lewat, apabila berlaku gelombang yang pertama, mereka sudah dimaklumkan, tetapi hanya membuat pengumuman kawasan tercemar sahaja.

“Mereka tidak mewar-warkan tentang bahaya benda ini, contohnya yang paling dekat kenyataan Menteri Besar sendiri yang mengatakan keadaan masih terkawal,” jelasnya ketika ditemui di Pusat Operasi JAM, Taman Paser Putih, pagi tadi.

Beliau pada masa sama turut berkongsi cara pemakaian topeng muka yang betul serta fungsi kegunaan jenis-jenis topeng muka yang mencapai spesifikasi keselamatan.

Dilaporkan, seramai 506 mangsa baharu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim direkodkan pada hari ini sekali gus menjadikan keseluruhan mangsa kini berjumlah 975 orang. – HARAKAHDAILY 14/3/2019