Pencemaran toksik: Profesionalisme JAM di tahap tertinggi

TAHNIAH buat Jabatan Amal Malaysia. Terbukti selama ini Jabatan Amal Malaysia (JAM) di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengamalkan sikap profesionalisme yang tinggi dalam menghulurkan bantuan dan pertolongan dalam pelbagai sudut dan bidang tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan kepentingan.

Advertisement

Tragedi pencemaran bahan kimia toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor cukup trajis dan sedih buat seluruh negara. Ramai yang menjadi mangsa terutamanya kanak-kanak serta menyebabkan banyak sekolah ditutup.

Jabatan Amal Malaysia dengan penuh rasa tanggungjawab sama-sama turut membantu agensi Kerajaan dalam usaha menangani pencemaran ini. Profesionalisme Jabatan Amal Malaysia selama ini terbukti di tahap tertinggi serta membukti tuduhan “Taliban” tidak masuk akal.

PAS sentiasa mendidik terutamanya anak muda agar berakhlak mulia dan berbuat baik terhadap sesama manusia seperti yang diajar oleh Islam tanpa mengira pangkat, darjat mahupun kedudukan.

Tarbiah dan akhlak yang di pupuk selama ini jelas membuahkan hasil yang membanggakan. Teruskan beramal, semoga Jabatan Amal Malaysia terus menyinar dan menjadi kebanggaan kita semua.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 14/3/2019

amal3

amal2

pg8

pg9

pg13