Waspada semasa berada di New Zealand

nz3

KOTA BHARU: Rakyat Malaysia yang berada di luar negara khususnya New Zealand diminta berhati-hati sepanjang berada di negara itu.

Advertisement

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah, berkata ianya penting bagi mengelak kejadian serupa berulang lagi di bandar lain pula.

Menurutnya, negara berkenaan antara yang aman di dunia, bagaimanapun semalam berlaku insiden yang mengejutkan dunia.

“Biasanya Amerika yang sering terdedah kejadian itu, New Zealand seingat saya tidak berlaku lagi.

“Untuk itu kita perlu berhati-hati di mana sahaja kita pergi khususnya di luar negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selempas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa Ke-47 di Putik.

Sehubungan itu, katanya PAS mengutuk sekeras-kerasnya kejadian berkenaan.

Katanya, apa lagi perkara itu berlaku ketika umat Islam menunaikan ibadat pada hari Jumaat di masjid tersebut.

“Kita berharap kerajaan New Zealand mengambil tindakan tegas terhadap pelaku berkenaan untuk tegakkan keadilan pada mangsa,” ujarnya.

Turut hadir pada mesyuarat agung itu Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS kawasan, Mohd Afif Rabbani Abdullah dan Khairiah Mohamed yang merupakan kepimpinan baru dalam pemuda dan muslimat. – HARAKAHDAILY 16/3/2019