MAT PAS Setiawangsa sempurna dilaksanakan

SETIAWANGSA: PAS Kawasan Setiawangsa telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16 yang telah dilangsungkan dengan jayanya di Dewan KAFA, Surau Al-Ansar, di sini semalam.

Advertisement

Perasmian disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang dalam ucapannya menyeru agar semua ahli teguh berpegang dengan tali Allah S.W.T dan jangan berpecah belah sehingga ke akhir usia.

Jelas beliau, tali Allah itu termasuklah Jemaah PAS yang berpegang dengan petunjuk wahyu di mana menjadi kewajiban ahli PAS untuk taat dan patuh arahan pimpinan PAS.

Kerana tegasnya, pimpinan lebih tahu dalam penyusunan strategi PAS bagi menghadapi kerencaman cabaran politik yang penuh fitnah mutakhir kini.

Majlis yang berjalan dalam suasana harmoni dan lancar ini juga menyaksikan Abd Halim Hassan mengekal jawatan selaku Yang DiPertua PAS pada keputusan pemilihan diumumkan.

Manakala Kamisan Suja’ dan Dr Zuraini Hashim diumumkan masing-masing sebagai Timbalan dan Naib Yang DiPertua PAS Setiawangsa.

Mesyuarat juga telah meluluskan usul Dewan Pemuda untuk mensyiarkan logo dan lambang PAS dengan lebih luas penggunaannya agar kehadiran PAS dirasai penduduk setempat khususnya dan seluruh negara amnya.

Sempena majlis tersebut juga turut diadakan acara pelancaran tabung kebajikan sumbangan membantu golongan fakir dan gelandangan di ibu kota. – HARAKAHDAILY 18/3/2019  

IMG 20190318 WA0049

IMG 20190318 WA0050