Pencemaran Sg Kim Kim perlu tindakan segera

ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan salam sejahtera

Advertisement

Seluruh rakyat Malaysia bersedih di atas tragedi yang menimpa penduduk Pasir Gudang, Johor di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak yang berkenaan.

Pencemaran Sungai Kim Kim yang disebabkan oleh pembuangan bahan kimia toksik ke dalam sungai telah menyebabkan 3555 orang menjadi mangsa yang perlu dirujuk ke pusat rawatan.

Di kesempatan ini MPROS ingin berkongsi dan menerangkan tentang bahaya dan kesan bahan toksik kepada manusia serta mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh masyarakat dan kerajaan.

(A)     Kesan bahan toksik berbahaya kepada masyarakat

Pihak berkuasa telah mengenalpasti beberapa bahan kimia yang terdapat di dalam Sungai Kim Kim yang tercemar. Berikut adalah kesan terhadap masyarakat yang terdedah. Diantaranya:

• Acrylonotrile –     amat bahaya dan beracun jika melebihi takat yang dibenarkan. Boleh menyebabkan kanser paru-paru serta kecatatan bayi dalam kandungan jika terdedah secara berterusan

• Metana –     Berbahaya tetapi hanya sedikit toksik. Menyebabkan mangsa terasa sesak nafas tanpa amaran

• Hydrogen cloride –     Berbahaya dan bertoksik. Boleh menyebabkan mangsa rasa pedih pada mata dan terbakar pada dada apabila terhidu

• Acrolein –     Berbahaya dan bertoksik. Boleh menyebabkan kematian jika melebihi 10ppm. Boleh menjadi agen kanser.

• Benzene –     Berbahaya dan bertoksik – Agen utama kepada kanser leukimia jika pendedahan melampau melebihi 50ppm.

• Toluene –     Berbahaya dan bertoksik. Berisiko pada bayi

• Xylene –     Berbahaya dan bertoksik. Boleh meracuni paru-paru dan organ penafasan

• Limonene –     Kurang bahaya. Boleh memberi kesan kepada hidupan dalam air.

(B)     Langkah-langkah yang perlu diambil:

(i)     Masyarakat

Antara langkah-langkah yang perlu diambil oleh penduduk yang terdedah kepada bahan toksik tercemar ini ialah:

a)     Keluar daripada kawasan yang tercemar sehingga diberitahu selamat

b)     Kurangkan aktiviti luar dan terbuka

c)     Tutup semua tingkap dan pintu rumah dan bangunan

d)     Sentiasa bersihkan diri seperti mandi, membasuh muka, memakai topeng yang sesuai

(ii)     Kerajaan

Bagi mengelakkan perkara ini terus berulang dan tidak terkawal, MPROS mencadangkan supaya kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan seperti berikut:

>    Mengkaji semula denda yang dikenakan kepada pesalah sebanyak RM500,000.

>     Menyediakan SOP dan panduan sebenar kepada masyarakat

>     Menutup kilang-kilang haram dan mengenakan tindakan tegas kepada pihak yang bersalah

>    Mempertimbangkan melakukan pembenihan hujan di kawasan yang terdedah

>    Mengisytiharkan darurat jika perlu

Oleh itu, MPROS berharap agar semua pihak dapat memainkan peranan dalam menangani masalah yang sedang berlaku ini.

MPROS juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi bantuan kepada mangsa-mangsa di Pasir Gudang.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah S.W.T agar segala urusan dipermudahkan dan tidak menjadi lebih parah.

Sekian terima kasih,

“Melangkah Bersama”

RAZAK HALIM 
Presiden MProS
Pertubuhan Kebajikan Muslim Profesional Sejahtera Malaysia (MPROS) – HARAKAHDAILY 18/3/2019