Mangsa tembakan masih trauma

KOTA BHARU: Mangsa tembakan di New Zealand, Mohd Nazril Hisham Omar, 46 selamat menjalani pembedahan kali ketiga kira-kira jam 3 pagi tadi waktu Malaysia.

Advertisement

Pembedahan berkenaan untuk membuang sisa cebisan peluru pecah yang masih terdapat di bahagian belakang mangsa.

Seorang pelajar Malaysia Shahmi Aiman Saiful Adli berkata, pakar bedah juga akan membuat pemeriksaan kali kedua di bahagian kaki mangsa yang terkena tembakan.

Menurutnya ketika beliau menghubungi abang mangsa Rahasnan Abdul Rashid memberitahu, Nazril masih dalam keadaan trauma apabila mengingati peristiwa itu.

“Rahasnan tiba di New Zealand bersama isteri mangsa pada 18 Mac lalu untuk menjaga mangsa dan keluarga di sini,” ujarnya ketika dihubungi di New Zealand hari ini.

Ketika kejadian Aiman menunaikan solat Jumaat di Surau Universiti Of Canterbury.

Jumaat lepas dunia dikejutkan dengan kejadian tembakan rambang dipercayai dilakukan seorang pengganas kulit putih sehingga mengorbankan 49 mangsa di dua masjid di Christchurch, New Zealand. – HARAKAHDAILY 19/3/2019