PAS Pahang edar ‘topeng muka’ di Pasir Gudang

KUANTAN: Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar bersama anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) meninjau kawasan yang terjejas akibat pembuangan sisa kimia di Pasir Gudang.

Advertisement

Beliau bersama Unit Medik dan Penyelamat JAM Pahang turun padang dengan dibantu JAM Kuantan, Indera Mahkota dan Pekan.

Ustaz Rosli berkata, JAM Pahang turut membantu penduduk yang terlibat dengan pencemaran toksid tersebut bersama JAM Johor dan Selangor.

“Kami melawat mangsa dan mengedarkan topeng muka kepada orang ramai di sekitar Pasir Gudang.

“Pembuangan toksid tersebut tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak industri peka terhadap alam sekitar,” katanya yang juga Adun Tanjung Lumpur di sini semalam. – HARAKAHDAILY 19/3/2019