Siku dan lutut politik (4)

WAN Saiful Wan Jan sound DAP kerana tuduhan liar terhadap PAS. Katanya, dia berasal dari PAS dan faham cara kerja PAS. Jadi tidak betul jika mahu menyalahkan PAS. Bukan semua perkara yang tidak benar dibuat oleh PAS.

Advertisement

Pertamanya terima kasih atas kritikan Wan Saiful dari Bersatu terhadap DAP. Ianya sangat berani kerana menyanggahi DAP, taiko dalam PH. Nak harapkan Pan tegur DAP? Masak dululah telur tu. Keduanya, memang PAS tak sempurna, jadi pasti ada cacatnya. Bukan sahaja PAS, tapi juga parti lain. Tapi dalam banyak-banyak parti itu, PAS yang paling baik. PAS Perasan? Tak, PAS tak perasan sebab nak tuduh PAS punyalah lama dan panjang episodnya, alih-alih tak pernah betul. Tapi parti lain, tak tuduh lagi, kadang-kadang tu dah mengaku.

Ketiganya, teguran Wan Saiful kepada DAP ini tak banyak beza dengan kisah rasulullah yang difitnah macam-macam, tetapi akhirnya, golongan musyrikin menafikan tuduhan dan fitnah-fitnah itu kerana tahu siapa baginda. Begitulah PAS, difitnah macamana pun, orang tetap tak percaya, sebab PAS baik. Tapi janganlah baca ini macam tuduh PH tu musyrikin pulak. DAP yang kafir jer kalau betulpun musyrik. Yang lain tu penyokong setia DAP jer.

Dalam seminggu ini setelah disindir dan diasak oleh wanita dalam PH, Mujahid nampaknya bertindak agak rasional. Sesuatu yang sudah lama tiada dalam dirinya. Beliau disinggung oleh Lathefa Koya selepas pertemuannya dengan Zakir Naik, suruh Mujahid masuk PAS semula. Dia juga disindir Marina Mahathir atas isu perhimpunan wanita yang disertai juga puak LGBT.

Tindakan rasional beliau ialah kembali mengangkat Zakir Naik, walaupun dimarahi segelintir individu dalam PH. Mujahid juga telah memaklumkan akan memberikan lebih perlindungan kepada isteri yang ditinggalkan suami tanpa nafkah. Undang-undang hadanah yang bakal diperkenalkan, boleh menyita harta suami jika membiarkan anak dan isteri setelah bercerai. Apa yang baik, mesti kita sokong.

Tapi Mujahid kembali pening setelah menghantar satu kiriman ayat al-Quran di page beliau dengan diterjemahkan dengan perkataan lain. Setelah didesak, baharulah ianya ditukar. Pening layan Mujahid ni, orang dalam PH tak tahulah macamana.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada beberapa minggu lalu, menafikan dan menyindir DS Najib atas isu penjualan aset kerajaan Hotel Royale milik Bousted kepada Royal Hotel Ltd yang disenaraikan di Singapura. Kemudian ternyata DS Najib berkata benar. Mat Sabu dikatakan tidak tahu proses jual beli.

Kita mengenali Mat Sabu memang bukan seorang dari bidang ekonomi. Itu pasti. Dan sekarang ini ada satu lagi kepastian yang PAS boleh jamin ia betul iaitu Mat Sabu ialah seorang pembohong. Dia berbohong pasal penjualan ini, dia berbohong ketika berkempen, dia juga berbohong kata PAS terima duit dari Umno dan dia juga berbohong yang ‘seekor’ ahli PAS sudah disita hartanya bagi tujuan siasatan rasuah. Harap itu bukan satu taqiyyah.

PKR Perak dalam sidang akhbar mereka bagi menafikan ada gerakan mahu menukar MB Perak secara tiba-tiba bagaikan orang sawan, meminta PAS dan Umno membahagikan kerusi dahulu di Perak sebelum bercakap pasal kerjasama keduanya di Perak.

Tan Kar Hing bertanya, sekarang siapa tolong siapa Umno tolong PAS atau PAS tolong Umno apabila dia memberikan contoh kerusi Selinsing yang majoritinya hanya 97. Soalan yang bodoh, hanya datang dari orang yang bodoh. Jawapannya PAS dan Umno tolong rakyat Malaysia dari kejahatan, penipuan, kerakusan PH. Noktah.

Mohd Nasir Abdullah
Doha, Qatar
19 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 19/3/2019