Kelantan latih 200 pengasuh budak

mumtaz1

KOTA BHARU: Kelantan berjaya melatih kira-kira 200 pengasuh anak-anak di rumah di bawah kendalian Halimatus Sa’diah ketika ramai wanita keluar bekerja.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, kursus itu diperkenalkan beberapa tahun lalu dan dilakukan penambahbaikan.

“Kita bekerjasama dengan Persatuan Pengasuh Anak-anak Kelantan dan Mylocal Maid yang berjaya melahirkan 350 pengasuh dalam kalangan warga tempatan dan bukannya orang asing.

“Mylocal Maid akan membuat ‘road-show’ di 45 Dun bagi mempromosikan kepada wanita menjadi pengasuh dengan pendapatan RM1,000 melalui kursus yang ditawarkan,” katanya pada pengulungan sempena persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga kerajaan negeri memberi insentif sebanyak RM500 kepada peserta bagi membolehkan mereka belajar ilmu asas serta menambah pengetahuan berkaitan penjagaan kanak-kanak. – HARAKAHDAILY 20/3/2019