Bekalan air di Felda Chini kritikal

PEKAN: Lebih 10,000 peneroka Felda Gugusan Chini dan sekitarnya berdepan masalah bekalan air agak kritikal ekoran kemarau sejak awal bulan ini.

Advertisement

Malah bekalan air di Loji Air Chini tidak dapat menampung keperluan penduduk.

Timbalan Yang Dipertua PAS Pekan, Ustaz Fadhil Nor Abdul Karim Alyamani berkata, kehidupan peneroka di Felda Gugusan Chini agak terjejas sekarang.

Katanya, keadaan dijangka tambah kritikal sekiranya kemarau berterusan.

“Ketiadaan hujan sejak dua minggu lalu menyebabkan penyusutan paras air di loji bekalan air. Begitu juga paras air Sungai Mentiga yang menurun.

“Kita juga mengadakan solat sunat Istisqa memohon Allah menamatkan kemarau yang berlaku sekarang,” katanya di sini.

Difahamkan pada 2017 kawasan berkenaan pernah mengalami keadaan serupa berikutan kemarau sehingga menjejaskan bekalan kepada penduduk. – HARAKAHDAILY 21/3/2019