Manifesto DAP sedang dilaksana dalam negara

ASSALAMUALAIKUM warahmatullahi wabarakatuh
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين، رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي.
 
Terima kasih Pengacara Majlis, al-Fadhil Ustaz Nik Mahdi. 
 
Yang saya kasihi, Ustaz Misbahul Munir bin Masduki, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Yang juga merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.
 
Yang saya kasihi, Yang Berhormat Dato Haji Zainon, Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Rengas. Serta Naibnya, Encik Khairuddin Muhammad Azahar.
 
Yang saya kasihi iaitu Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Rengas iaitu Encik Shukri Mat Amin serta Timbalannya, Dr Mohd Azalan.
 
Seluruh kepimpinan PAS Kawasan, Umno Bahagian. Seluruh kepimpinan NGO-NGO yang turut hadir pada malam ni. Ahli-ahli yang menyokong dua-dua parti. Juga yang tidak ada parti. 
 
Tidak dilupakan pihak keselamatan. Jabatan Amal. Pihak IT dan tak dilupakan, penyokong-penyokong Pakatan Harapan yang mungkin dah menyesal, mari juga ke sini.
 
Alhamdulillah. Syukur kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Kerana pada malam ini kita sama-sama berhimpun dalam Ceramah Kebangkitan Ummah. Yang mana himpunan kita pada malam ni, bukan kerana minyak tak turun-turun. Sawit tak naik-naik. Sudah nak tebang sawit, nak tanam buluh pulak. Bukan sebab itu tuan-tuan.
 
Tetapi kehadiran kita di sini adalah untuk menyatukan umat Islam di dalam negara. Dan penyatuan umat ini adalah seruan daripada Allah Subhanahu Wa Taala. Bukan seruan saya. Bukan seruan Ustaz Misbah. Bukan seruan Dato’ Zahid Hamidi. Dato’ Mat Hassan. Bukan seruan Tuan Guru Haji Hadi. Bukan seruan Tuan Ibrahim Tuan Man. Tetapi ini adalah seruan yang datang daripada Tuhan kita.
 
Allah Taala berfirman:
 
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
 
Yang bermaksud,
“Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah, yakni Islam. Dan jangan kamu bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu di masa jahiliah, bermusuh-musuhan. Maka Allah telah menyatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah telah menyelamatkan kamu daripada neraka. Dan demikianlah ayat-ayat yang diterangkan kepadamu agar kamu mendapat petunjuk”.
 
Saya nak ambik satu petikan yang disebut oleh almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, apabila berlakunya penyatuan ummah pada tahun 1973. Iaitu selepas daripada Pilihan Raya Umum yang ketiga, 1969. Apabila berlakunya peristiwa 13 Mei, yang mencetuskan huru-hara tragedi berdarah perkauman. Setelah parti DAP dan GERAKAN menguasai banyak kerusi-kerusi Parlimen, DUN di bandar-bandar. Maka berlakunya, tercetusnya suatu tragedi berdarah yang menyebabkan umat Islam merasakan betapa pentingnya penyatuan ummah.
 
Pada kali ini kita nak bersatu jugak, satu ummah. Sebenarnya, Allah Taala sebut dah, nikmat. Allah telah beri nikmat pada kita tahun 70-an. Bermula 1973 berlakulah penyatuan ummah. Dan dalam pilihan raya 1974, PRU yang keempat, di mana Umno dan PAS bergabung di dalam satu Barisan Nasional buat kali yang pertama. Yang menyebabkan pada waktu itu kesatuan ummah telah berlaku di dalam kerajaan Malaysia. Ini suatu sejarah. 
 
Yang saya nak ungkapkan balik kata-kata almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, “Ini adalah suatu nikmat”. Anugerah daripada Allah. Berdasarkan ayat yang saya bacakan tadi, nikmat penyatuan ini Allah beri kepada kita.
 
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian, 
 
Maka kita bersatu atas dasar agama Islam. Kita bersatu atas dasar ‘tali Allah’. Bukan bersatu ni sebab tak puas hati kepada mereka. Tak puas hati tu satu hallah. Kan? Yang paling tak puas hati ni, orang dah mengundi PH. Kena kencing. Kita ni tak undi. Kan? Bila tak undi, kita pun tak percaya dengan manifesto ni sejak dulu lagi. Tapi kasihan saudara-saudara kita orang Melayu, orang Benggali, orang India, orang Cina yang tertipu dengan manifesto yang telah diada-adakan. 
 
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah Taala sekalian, 
 
Saya nak pendekkan ucapan saya. Ramai lagi. Yang kedua, kami di peringkat UMMAH di negeri Perak, kita nak sebut bahawa penyatuan kita pada kali ini, setelah berlakunya PRU yang ke 14. Dan akan menghadapi PRU yang ke 15. Berlaku? Akan berlaku pada bila-bila masa. Saya nak bawak satu lagi, tuan-tuan puan-puan, seruan Allah kepada kita. Tadi seruan yang pertama, ini seruan yang kedua. Yang mesti disambut oleh mana-mana orang yang berparti dan orang yang tak dak parti. Disambut oleh seluruh umat. 
 
Iaitu Allah Taala berfirman,
 
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
 
Allah menyatakan bahawa hendaklah ada di antara kamu, suatu puak. Suatu ‘ummah’. Dalam sesuatu golongan umat Islam, kena ada satu ‘ummah’. Yang mana ‘ummah’ ini, tugas dia adalah iaitu yad’una ilal khair. Mengajak seluruh manusia ke arah kebaikan. Yang kedua, menyuruh manusia ke arah yang ma’ruf serta mencegah manusia daripada melakukan perbuatan yang mungkar. 
 
Hari ini, seruan kita untuk menyatukan ‘ummah’. Untuk kita berdakwah mengajak kaum keluarga, sahabat handai, umat warga negara kita kembali kepada Islam. Dan masa yang sama jugak, kena ingat tuan-tuan, kita kena cegah kemungkaran yang sedang berlaku setelah PRU yang ke 14. Setelah tertubuhnya sebuah kerajaan namanya Malaysia Baru. Entah baru ke. Entah ketinggalan zaman. 
 
Iaitu apa yang berlaku ialah kemungkaran yang paling besar berlaku di dalam negara kita sewaktu Pakatan Harapan memerintah negara ialah terhakisnya kuasa politik umat Islam sebagai pemerintah negara. Ini adalah mungkar yang besar. Kita tak boleh biar. 
 
“Biarlah empat tahun. Nanti kita ambiklah pula”
 
Tak boleh biar tuan-tuan. Kita orang yang ada akal. Kita ada mata. Kita ada telinga. Tak boleh biar. Empat tahun ni kita tak boleh duduk diam. Kerana kuasa politik sudah terhakis. DAP menajdi pencatur utama dalam kerajaan Pakatan Harapan. Bukan Tun Mahathir. 
 
Kesian juga Tun Mahathir ni. Dia orang lama. Tuan Guru Haji Hadi bila jumpa dengan dia, “Saya sudah tua,” kata dia. Bila-bila boleh pegi. Wah kita bimbang juga. Sebab tu kita doa, biar dia panjang umur lagi. Kalau orang lain ambik, makin hancur negara kita. Boleh tahan lagi lah. Sementara nak PRU15, kekallah dulu. Walaupun terpaksa duduk ke, menirap ke. Biar dia kekal. 
 
Tuan-tuan puan-puan yang dirahmati Allah, 
 
Kita nak bincang, boleh. Manifesto yang gagal ditunaikan. Tu satu hallah. Tetapi masalah yang berlaku hari ini ialah, yang sedang berjalan bukan manifesto Pakatan Harapan. Yang sedang dilaksanakan ialah cita-cita DAP. Malaysian Malaysia sedang berjalan. Mereka kuburkan manifesto. Baru keluar. Baru nampak rupa. Rupanya DAP punya manifesto yang berjalan. Sebab tu boleh mereka tukar Ketua Hakim Negara. Mereka boleh tukar dengan kroni-kroni DAP, Peguam Negara. Mereka boleh pegang jawatan-jawatan penting di dalam negara. Menteri kewangan. Menteri undang-undang. Menteri komunikasi. Ini semua kementerian yang penting. Ini adalah suatu yang sangat merbahaya.
 
Dan kita tengok cita-cita DAP ni sedang diasak bertubi-tubi oleh mereka. Mana buktinya tuan-tuan mereka asak Malaysian Malaysia ni? 
 
Yang pertama, apabila mereka cuba untuk menggunakan Parlimen untuk meratifikasikan ICERD di dalam negara kita. 
 
Yang kedua ialah mereka cuba mengiktiraf UEC. Sedangkan peperiksaan UEC ni, dia tak belajar pun sistem pembelajaran, dasar pendidikan negara. Tiba-tiba nak iktiraf supaya boleh masuk universiti. Anak kita yang belajar ikut sistem pendidikan, nak masuk U pun payah. Mereka senang-senang. Hanya guna sijil yang ciplak daripada Hong Kong Taiwan, boleh masuk universiti. Dan hari ni, sekolah yang ambik periksa UEC tak ambik SPM, dapat bantuan daripada kerajaan. Sekolah agama rakyat swasta, tak dapat.  
 
Yang ketiga, mereka cuba mendesak supaya pilihan raya PBT dilaksanakan. Ni semua cubaan untuk menghancur dan merosakkan kontrak sosial dan juga rukun negara kita. 
 
Dan mereka membiarkan penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Punya banyak orang hina, tak ambik tindakan. 
 
Dan yang terkini ialah mereka diam. Diam maknanya redha. Membiarkan penghinaan terhadap Rasulullahi sallallahu alaihi wasallam. Sepatah pun tak mahu ulas. Dia kata, “Buat pa ke deme? Nanti rasis”. 
 
Tuan-tuan puan-puan, kami UMMAH negeri Perak buat demonstrasi seluruh negeri Perak. 15 tempat sekali Jumaat. 15 buah masjid. Saya di Bukit Gantang, buat empat tempat. Bila kita berdemonstrasi, tanda cinta sayang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan marah kepada orang yang cuba menghina Nabi, ada lapan report polis mari kepada saya. Daripada kuncu-kuncu Pakatan Harapan. Orang Melayu kita. Buat report polis. Siasat kita. Saya turun naik IPD Taiping. Sebab apa? Sebab demonstrasi pertahan Nabi. Mereka report polis. Sebab apa? Sebab sayangkan orang yang hina Nabi.
 
Tuan-tuan puan-puan, ini semua petunjuk-petunjuk yang menunjukkan bahawa kalau dibiarkan lagi lah, “Kita bior jelah. Bior je lah”, tak boleh. Oleh itu, kita kena bangkit menyatukan umat Islam. Tak kira mana-mana parti, dan saya sebut, terutama parti yang besar, kita kembali menyatukan dua parti besar ini. 
 
UMMAH negeri Perak menyokong penuh penyatuan ummah yang sedang berjalan di seluruh negara. Dan insya Allah saya nak mengajak seluruh yang hadir dan juga seluruh yang mendengar secara langsung ceramah pada malam ini. Di Perak malam ni, empat buah tempat live. Malam ni di sini, di Tapah, di Bota dan satu lagi di Teluk Intan. Empat tempat UMMAH mengadakan Ceramah Kebangkitan Ummah. Tidak lain dan tidak bukan, kita wajib kembali menyatukan umat Islam demi untuk menjaga agama, negara dan bangsa kita. Dan insya Allah saya yakin, tuan-tuanlah orang yang berhak menyatukan umat Islam dalam negara kita. Jadi, sekian dahulu. 
 
Tapi saya kesian, tuan-tuan senyap sejak dari tadi. Tidur ke apa, tak tau. Jadi, dengarlah takbir sekali. Takbir! Takbir! Takbir!
 
(Transkrip oleh wakil HarakahDaily, AIMAN NAZRAN dari ucapan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Perak di Ceramah Kebangkitan Ummah, bertempat di RPA Dato’ Haji Mior Aris, Padang Rengas pada 16 Mac lalu)
Advertisement