MISKI persiap Ulamak depani isu-isu terkini

GOMBAK: Dewan Ulamak PAS Pusat telah menganjurkan Muzakarah Isu-isu Kontemporari Islam (MISKI) yang dilangsungkan di Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini semalam.
 
MISKI bertujuan mengemukakan penyelesaian terhadap permasalahan agama yang menjadi isu dalam masyarakat berikutan serangan ke atas umat hingga menimbulkan percanggahan fahaman.
 
Oleh demikian, menghindari kebinasaan kefahaman umat terhadap Islam, pendekatan MISKI berasaskan disiplin ilmu syariat ini diadakan seterusnya menghadapi pergolakan yang berlaku.
 
Menerusi MISKI, anggota Dewan Ulamak dipersiapkan dengan suntikan input agar mampu berperanan mendepani isu-isu kontemporari yang menuntut mereka mengulasnya menurut hukum agama.
 
Tiga kertas kerja bertajuk “Perkahwinan Kanak-kanak Bawah Umur Menurut Perspektif Syariah”, “Penglibatan Orang Islam Dalam Amalan atau Perayaan Bukan Islam” dan “Cukai Menurut Fiqh Islam” dibentangkan. – HARAKAHDAILY 24/3/2019
Advertisement