Selamat Menyambut Hari Polis ke-212

DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan segunung penghargaan buat semua anggota polis seluruh Malaysia atas khidmat bakti dan komitmen bertugas tidak kira masa dan tempat sebagaimana tema “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Advertisement

Sewajarnya mereka diberikan pengiktirafan atas curahan bakti yang tidak terhingga dalam menjaga keselamatan negara walaupun nyawa digadaikan.

Sesungguhnya menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat adalah perkara yang utama dan perlu diberi perhatian kerana dalam Islam turut mendahulukan pendamaian.

Kami mendoakan agar seluruh anggota polis sentiasa maju ke hadapan dan diberikan kekuatan untuk memastikan negara kita terus selamat dari segala ancaman.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Islam Memimpin
Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 25/3/2019