Naik taraf Balai Polis Manjoi, tambah fasiliti

SELAMAT Menyambut Hari Polis ke-212 pada hari ini, 25 Mac 2019 diucapkan kepada seluruh anggota yang sedang berkhidmat serta Pesara Polis yang pernah menabur bakti kepada negara tercinta.

Advertisement

Pengorbanan dan khidmat bakti Polis Diraja Malaysia (PDRM] amat disanjung tinggi dan sewajarnya pihak pemerintah sentiasa memberi keutamaan terhadap kebajikan anggota polis demi kepentingan rakyat.

Pertubuhan Prihatin Rakyat DUN Manjoi konsisten memohon agar pihak berwajib untuk menaiktaraf Balai Polis Manjoi yang sememangnya sangat memerlukan penambahbaikan fasiliti dalam kepadatan penduduk di Gugusan Manjoi.

PDRM adalah salah sebuah agensi mewakili pemerintah menjalankan peranan terhadap Maqasid Syar’iah khususnya dalam elemen kedua iaitu menjaga nyawa (hifz an-nafs) bagi membanteras segala jenis jenayah serta menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

Ayuh semua kita bersama dalam penyatuan ummah, mempertahan institusi Islam dan menjadi muslim sejati bagi memastikan kestabilan negara kekal utuh dan perpaduan rakyat terus diperkukuh.

Islam Memimpin”
“Sejahtera Bersama Islam”

USTAZ HAFEZ SABRI
Pengerusi Prihatin Rakyat
DUN Manjoi – HARAKAHDAILY 26/3/2019 

IMG 20190325 WA0037