Presiden PAS hargai Pesuruhjaya Tinggi New Zealand

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghargai Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, H.E Hunter Nottage yang menerima kunjungan hormat beliau dan pemimpin PAS hari ini.

Advertisement

“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, H.E Hunter Nottage yang sudi menerima kunjungan hormat kami hari ini. 

“Kami menyampaikan salam takziah kepada pihak kerajaan dan keluarga mangsa tragedi serangan di dua buah masjid di Christchurch, serta merakamkan penghargaan di atas sikap yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri New Zealand ketika berhadapan dengan tragedi ini,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau. Yang turut sertai ialah Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tambahnya, PAS turut berkongsi mesej keamanan yang dibawa oleh Islam dalam sesebuah masyarakat majmuk serta mengiktiraf peranan New Zealand dalam melindungi kepentingan dan kebajikan umat Islam seluruhnya.

“Walaupun kita dipisahkan oleh jarak geografi, tetapi hubungan kita tetap dekat di hati,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang. – HARAKAHDAILY 26/3/2019

nz3

nz2