Apandi Jeli ganti Mustapa Mohamed

BUKAN sekadar Umno kuat di Jeli justeru pimpinannya Datuk Seri Mustapa Mohamed tetapi Umno sudah kuat di Hulu Kelantan awal 50-an di bawah Tengku Indera Petra lagi. PRU1959 PAS rampas Kelantan tapi Hulu Kelantan meliputi Gua Musang dan Jeli kekal dengan Umno pimpinan negeri Kelantannya Engku Indera Petra.

Advertisement

Tempat Tengku Indera Petra itu diganti anak raja juga Engku Razaleigh. Bila Jeli jadi Bahagian Umno Hulu Kelantan, dengan janji Mustapa Mohamed jadi menteri besarnya, budak Bachok itu dihantar ke situ.

Sebahagian besar dari sistem kerajaan pusat ditumpukan ke Jeli bagi mengekalkan Umno Jeli terus perkasa. Jika Gua Musang bagi Ku Li maka Jeli bagi Tok Pa.

Namun Tok Pa dikalahkan oleh Apandi Mohamad dari PAS sekali pada PRU1990. Atas bantuan sistem kerajaan persekutuan sepenuhnya Tok Pa rampas balik kawasan itu hinga akhir. Setiap minggu Apandi balik ke Jeli tetap Jeli untuk tembusi.

Sekarang Tok Pa seolah-olah benci dengan Umno. Maka Umno kecewa dengannya dan Umno yang hilang kuasa kini bertindak bertaawun dengan PAS. Taawun itu boleh mengubah lanskap politik bukan saja di Malaysia bahkan di Jeli.

Tok Pa bawa sebahagian Umno Jeli diserahkan kepada Dr. Mahthir tetapi ia tidak cukup untuk melumpuhkan Umno. Dengan ia berdua PAS seolah-olah Tok Pa tidak pernah ada di Jeli.

Taawun boleh melucutkan kuasa PH di Putrajaya. Pada siapa ia lucut jika tidak kepada taawun PAS-Umno.

Semasa merasmi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Jeli 23 Mac lalu, saya beritahu supaya Apandi bersedia mengambil tempat yang ditinggal Tok Pa.

Kerajaan taawun yang menunggu jangan calonkan Apandi di Dun. Biar orang lain jadi MB dan Exco Kelantan. Apandi calonkan lagi di Parlimen Jeli. Bukan sekadar untuk ganti Tok Pa sebagai MP Jeli tetapi menggantikan Tok Pa dalam kabinet persekutuan.

Biar MP Jeli juga jadi menteri perdagangan luar negeri. Dalam kerajaan BN dulu Tok Palah menteri dagangan luarnya. Jika Apandi juga jadi menteri dagangan luar, maka penduduk Jeli tidak terasa tertinggal dengan ketiadaan Tok Pa.

Saya percaya, jika tidak jadi menteri pun, Apandi berupaya mendapatkan sokongan kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk melipatgandakan pembangunan dan kemajuan penduduk Jeli.

Dengan dari tidak menjadi menteri selama ini pun, tiada dunia dan negara luar yang tidak dikunjunginya. Sebut saja apa negara, Apandi sudah pernah ke situ. Dan dengan apa yang dijumpanya di setiap negeri atas angin itu tentu ada yang boleh dibawa pulang bagi melengkapkan prasarana Jeli.

Apa lagi kalau dia jadi menteri. Apa yang Tok Pa tidak dapat bawa ke Jeli, Apandi bawalah ke Jeli.

Mungkin Kelantan dan Umno yang mengharapkan pimpinan Tok Pa kecewa dengan tindakannya melarikan diri dan parti dan perjuangan, tetapi ketiadaannya mungkin rahmat bagi Kelantan.

Semasa dia jadi menteri dulu, dia gagal untuk berjuang dan membawa pulang nikmat minyak ke Kelantan. Ketika rakyat Kelantan menuntut royalti, Tok Pa kata Kelanan tidak ada hak.

Rupanya dia bukan pejuang. Seelok Umno kalah di Putrajaya, tidak tinggalkan Umno Kelantan.

Sekarang taawun PAS-Umno diyakini menggantikan PH, dan Jeli boleh harapkan Apandi buat lebih baik dari Tok Pa dapat buat. Bukanlah Apandi itu PAS saja. Apandi adalah taawun yang PAS dan Umno berdua. Apandi di Parlimen, Umno di Dun. – HARAKAHDAILY 27/3/2019

a