PAS Gopeng kunjungi balai sempena Hari Polis

GOPENG: Bersempena dengan Peringatan Hari Polis Ke-212, PAS Kawasan Gopeng telah mengambil inisiatif mengunjungi tiga Balai Polis dalam Parlimen tersebut, kelmarin.

Advertisement

Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Gopeng, Ustaz Abu Bakar Hussein dan Azlan Jamaluddin telah ke Balai Polis Kampung Sungai Rapat, di sini.

Selain untuk merapatkan hubungan PAS dengan pihak polis, program ini bertujuan merealisasikan slogan iaitu “Polis dan masyarakat berpisah tiada”.

Ustaz Abu Bakar berkata, sewajarnya mereka diberikan pengiktirafan atas bakti yang tidak terhingga dalam menjaga keselamatan negara walaupun nyawa digadaikan.

Sementara itu, Ketua dan Naib Ketua Muslimat PAS Gopeng, Ustazah Rotipah Sari dan Farah Zeila Foo bersama beberapa anggota Muslimat PAS Gopeng telah menjayakan program sama di Balai Polis Simpang Pulai.

“Sesungguhnya menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat adalah perkara yang utama dan perlu diberi perhatian kerana dalam Islam turut mendahulukan pendamaian,” kata Ustazah Rotipah.

Manakala, Ketua Pemuda PAS Kawasan Gopeng, Ustaz Mohd Harith Hamzah telah mengadakan kunjungan bagi tujuan sama di Polis Balai Gopeng.

Beliau menyampaikan sijil penghargaan, kek dan sedikit jamuan turut diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara polis dan pihak PAS.

“Kami mendoakan agar seluruh anggota polis sentiasa maju ke hadapan dan diberikan kekuatan untuk memastikan negara kita terus selamat dari segala ancaman,” kata Ustaz Harith. – HARAKAHDAILY 27/3/2019 

IMG 20190327 WA0003

IMG 20190327 WA0004

IMG 20190327 WA0005  

IMG 20190327 WA0006  

IMG 20190327 WA0008 

IMG 20190327 WA0007

IMG 20190327 WA0009

IMG 20190327 WA0011