Penjelasan Presiden PAS bukan bodek

KOTA BHARU: Penjelasan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang cuba memperbetulkan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai diktator diangggap tidak berbangkit soal membodek.

Advertisement

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, budaya membodek tidak timbul dalam isu tersebut seperti yang dibangkitkan Presiden PAS.

“Tidak berbangkit bodek-membodek kerana apa yang Tuan Guru cakap itu merupakan satu kebenaran. Kalau hendak bodek sekalipun ia tidak ke mana juga.

“Bagi saya, perkara seperti itu merupakan kelemahan dalam Pakatan Harapan. Kelemahan itu boleh dibaca rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Tindakan Presiden PAS menjelaskan istilah diktator terhadap perdana menteri dianggap Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai cuba membodek Dr Mahathir.

Sedangkan dalam masa yang sama anggota parlimen Port Dickson juga mengakui perdana menteri tidak diktator.

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar sebelum ini mengelarkan Dr Mahathir sebagai bekas diktator ketika temubual bersama media Singapura. – HARAKAHDAILY 27/3/2019