Bukit Golan: Rakyat perlu bangkit menentang

TINDAKAN Presiden Donald Trump mengiktiraf Bukit Golan di Syria sebagai sebahagian wilayah Israel sewajarnya ditentang bersama-sama oleh seluruh rakyat Malaysia.

Advertisement

Ini berikutan dengan tindakan tersebut jelas sekali melanggar resolusi 497 yang dicapai dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1967.

Melalui resolusi ini, Israel haram mengiktiraf kawasan tersebut sebagai wilayah Israel walaupun sehingga kini sebahagian besar Bukit Golan telah ditakluki Israel.

Isu ini wajar dibawa ke PBB agar diambil tindakan ke atas pencabulan Trump yang jelas sekali wajar dikutuk sekeras-kerasnya.

Tindakan Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia menzahirkan kemarahan terhadap tindakan para pengganas di New Zealand wajar dipuji.

Namun begitu, pengiktirafan sebelah pihak Amerika Syarikat ke atas Bukit Golan juga sepatutnya mendapat tentangan hebat dari seluruh dunia terutama rakyat Malaysia.

Justeru, saya menggesa seluruh Rakyat Malaysia agar tidak meminggirkan isu pencabulan Israel terhadap Bukit Golan dan bersama-sama bangkit menentang tindakan terkutuk tersebut.

“Islam Memimpin”

USTAZ SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu
28 Mac 2019 | 21 Rejab 1440 – HARAKAHDAILY 28/3/2019