PAS jemput MIC ke muktamar

MIC2

KUALA LUMPUR: PAS secara rasmi menjemput pimpinan MIC ke Muktamar Tahunan PAS yang akan diadakan pada 21 Jun nanti di Kuantan.

Advertisement

Jemputan tersebut telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan kepada pimpinan MIC dalam lawatan muafakat parti itu ke ibu pejabat MIC di sini, hari ini.

Antara pimpinan PAS yang hadir dalam lawatan tersebut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir. Khairil Nizam Khiruddin;; Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam; Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Balasubramaniam Nachiappan dan Ketua Penerangan DHPP, Dr Bala Chandran Gopal Krisnan.

Barisan pimpinan MIC yang hadir Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran; Timbalan Presiden, Dato’ Seri M. Saravanan; Naib Presiden, Datuk T Mohan dan beberapa pimpinan yang lain.

Sementara itu, Takiyuddin juga turut menjelaskan kepada pimpinan MIC bahawa kerjasama PAS dan Umno bukan perkauman tetapi menentang agenda yang tidak baik yang dibuat oleh musuh. – HARAKAHDAILY 28/3/2019