PROTAPAS lahir pelapis penerus perjuangan

TELUK  INTAN: Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan bersama Ameerah Teluk Intan telah menjayakan program PROTAPAS Marhalah Ta’arif yang diadakan sempena cuti persekolahan.
 
Program melibatkan anak-anak ahli dan pimpinan PAS itu tahun yang dilangsungkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Khairiah Kampung Padang Tembak, di sini 25 Mac hingga kelmarin.
 
Menurut Pengarah PROTAPAS, Ustaz Khalid Munir program yang menerima 23 peserta berusia 12 hingga 16 itu bertujuan melahirkan pelapis masa depan dengan mengikuti pentarbiyahan tersusun.
 
Maklum beliau, pengisian program menekankan konsep kehambaan kepada Allah, akidah Islam, kemaskini perlakuan ibadah dan kefahaman pentingnya berada dalam jamaah Islam.
 
Para peserta juga katanya, diberi tugasan menghafaz ayat al-Quran dan hadis pilihan selain pelbagai aktiviti fizikal seperti riadah dan ‘explorace’.
 
Timbalan Ketua Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Nurhafizul Badrul Hisham yang juga Penasihat PROTAPAS telah hadir menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta.
 
Berucap pada perasmian penutup, beliau berharap agar peserta dapat mengikuti PROTAPAS tahap berikutnya dan bersiap sedia menjadi kader pelapis petugas dan pimpinan masa depan. – HARAKAHDAILY 29/3/2019
IMG 20190329 WA0006
 
IMG 20190329 WA0007
 
IMG 20190329 WA0008
 
IMG 20190329 WA0009
Advertisement