PAS Tapah sempurnakan MAT Kali Ke-32

TAPAH: PAS Kawasan Tapah telah melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-32 yang diadakan di Kompleks Tarbiyah PAS, Kampung Cahaya Muda, Jalan Bidor, di sini semalam.
 
Dihadiri 84 perwakilan, selain pemerhati dan tetamu jemputan, majlis disemarakkan dengan alunan Asmaul Husna, Negaraku dan lagu rasmi PAS diikuti pembukaan dengan bacaan ayat suci al-Quran.
 
Perasmiannya telah disempurnakan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang banyak memberikan amanat penting berkaitan isu semasa.
 
Turut dipersembahkan montaj belasungkawa mantan calon PAS Parlimen Tapah PRU14, Allahyarham Ustaz Norazli Musa dan Naib Yang DiPertua PAS Tapah, Syafingi Fikri Halimi yang menyentuh perasaan hadirin.
 
Sementara itu, keputusan pemilihan oleh para perwakilan menyaksikan Othman Maseri mengekalkan jawatannya sebagai Yang DiPertua PAS Tapah untuk sesi 2019-2021.
 
Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Ketua Umno Bahagian Tapah, Issham Shahbudin bersama anggota jawatankuasanya. – HARAKAHDAILY 31/3/2019
Advertisement