Penyokong perlu bersikap matang

SEREMBAN: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Khairul Yazman Yahya menasihatkan penyokong kedua-dua parti supaya lebih bersikap matang.

Advertisement

Menurutnya, penyokong perlu menunjukkan akhlak yang baik tidak perlu membuat provokasi atau mengeluarkan perkataan kesat yang boleh mencetuskan ketegangan.

“Perkataan-perkataan kesat tidak perlu dikeluarkan kerana ia melambangkan imej dan akhlak seseorang.

“Sepatutnya perlu bersikap matang dan tidak perlu mencetuskan sebarang provokasi,” katanya ketika ditemui selepas selesai penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Seri Sedayan.

Terdahulu penyokong kedua-dua parti berbalas sorokan dan ejekan sehingga mengeluarkan kata kesat seperti ‘babi’ dan ‘bodoh’.

Khairul Yazman menasihatkan supaya mereka yang mengeluarkan perkataan kesat seperti itu lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kelakuan tersebut pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 30/3/2019