Siku dan lutut politik (7)

●     SEMALAM telah kecoh berkenaan siapakah gerangan manusia di belakang tabir SPV yang menguruskan harta Tabung Haji, yang idea asalnya kata Prof Diraja Engku Aziz ialah mahu membantu rakyat Islam di Malaysia yang miskin, menunaikan fardhu haji di Makkah, bagi memudahkan syarat istito’ah. Beliau adalah Chen Yin Heng CEO kepada Prokhas Sdn Bhd. Ia mengejutkan banyak pihak. Dan amat patut jika Menteri Agama tidak mahu mengumumkan nama Chen semalam kerana takut.

Advertisement

RM19.9 billion bukan satu jumlah yang sedikit. Lebih rasa tidak patut ialah harta umat Islam itu diuruskan oleh bukan Islam. Ianya ok jika orang Islam itu sendiri yang memilih seperti Mutual Fund patuh syariah. Malangnya ini bukan pilihan umat Islam, aku yakin. Dan lebih lagi kita bersetuju ianya bukan satu tindakan yang baik ialah kenapa Menteri takut bagi tahu nama itu jika hal itu diyakini tidak dimarahi oleh rakyat kan? Apa nak sembunyi?

●     Prototaip kereta terbang yang dipertontonkan hari ini disaksikan oleh Perdana Menteri. Ia mempunyai empat kipas dua kiri dan dua kanan. Setelah dikatakan 10 minit, Tun beredar. Kemudian keluar laporan yang mengatakan syarikat yang mengeluarkan model itu menafikan ianya adalah kereta terbang, tetapi ia adalah satu jenis drone yang boleh membawa kargo dan juga penumpang. Begitu kisahnya.

Aku tidak tahu sangat pasal kereta terbang. Aku malas nak komen sebab teknologi mungkin akan berjaya membuat sesuatu yang di luar imaginasi. Aku rasa bukan isu besar sebab rupa bentuk mungkin kita tak suka, tapi teknologi itu yang penting. Cuma aku harap janganlah nanti dinaikkan pula saman had laju dan parking. Yalah mana tahukan? Dulu janji nak hapus AES pun makin dia tambah. Tapi design empat kipas itu nampaknya jadi troll menarik orang ramai, termasuk Najib.

●     Pengerusi Bersatu Terengganu iaitu Dato’ Razali Idris meminta Presiden PAS menghapuskan dahulu hutang PTPTN bagi anak Terengganu dan jangan mendakwa PH gagal menunaikan janji hutang PTPTN itu. Kata Razali lagi, desakan ini adalah kerana PAS dan Gagasan Sejahtera pernah berjanji untuk menghapuskan hutang PTPTN jika menang Malaysia dalam PRU lalu. Dia suruh gunakan duit royalti petroleum untuk tujuan tersebut.

Itu dia, cadangan dari Pengerusi Bersatu Terengganu. Biasa tak kita dengar, kentut yang busuk, datang dari lubang keluarnya tahi. Sama juga dengan idea yang bodoh, mestilah datang dari otak yang dot, dot. Itu semestinya. Suruh orang lain ‘tunai’ janji yang dia janjikan. Orang kata jika menang Malaysia, dia kata, kan dah menang negeri, buatlah. Razali mungkin sedang mencuba nasib bagi melayakkan dirinya, walaupun tak layak, untuk turut serta dalam perlumbaan memeteh kenting Pengerusi PH Terengganu, dan dia mesti buktikan sesuatu, apatah lagi dengan kemasukan bos lama dia dalam Bersatu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid. Kita faham, untuk jadi Menteri PH, mesti bodoh, tapi jangan tunjuk semua Dato’, sikit-sikit dahlah.

Razali kemudiannya juga menunjukkan ke’bengkeng’an nya dengan memberi amaran yang sangat menakutkan iaitu PAS mesti memastikan yang duit royalti hanya digunakan untuk kepentingan anak Terengganu sahaja. Dia lupa, selama puluhan tahun dia berada dalam Umno, apa yang Umno buat dengan duit royalti terutama dalam isu pembinaan LPT2 iaitu RM1.8 billion digunakan yang sepatutnya menggunakan wang pusat, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) guna RM873 juta. Dan ini berlaku ketika Razali masih dalam Umno. Dia keluar Umno kerana kecewa sebab lain yang dia tak puas hati, bukan kerana penyelewengan. Manakala PAS adalah pihak yang mendedahkan isu penyelewengan ini. Lagi mahu warning kat PAS ke Dato’?

By the way, Dato’ hanya Pengerusi Bersatu Terengganu yang dilantik, dan ketika itu kerana tiada orang. Ianya sama dengan semua Ketua Perhubungan parti-parti lain. Kalau Dato’ nak warning, boleh warning Dr Samsuri atau boleh juga Dato’ Hussein Awang. Sama level dengan Dato’. Presiden PAS, lawannya ialah Tun atau Tan Sri Muhyiddin. Jadi sedar dirilah, Dato’ itu hanya bekas pengarah drama menipu budak tadika Kemas angkut kerusi saja. Jangan ingat bila kita pernah jadi calon Dun, lawan Presiden PAS suatu ketika dahulu, kita ini dah sama taraf. Nanti jumpa Presiden PAS, jangan peluk-peluk, cium tangan pulak Dato’.

●     Pengerusi SPR, dua tiga hari lalu mendakwa ada rakyat Kelantan yang balik mengundi sokong Hudud tetapi bila balik semula ke KL, masuk kelab. Ini, aku nak bagi tahu, undi itu rahsia, jadi macam mana dia boleh yakin yang orang Kelantan itu undi Hudud. Ada bukti? Atau hanya pengakuan tanpa bukti? Tapi bila masuk kelab, itu betul sebab dia boleh tengok sendiri. Dan untuk tengok sendiri, Pengerusi SPR, mesti hadir di situ. Nak masuk kelab kena bayar, tak boleh kata tersesat. Jadi bila hadir sendiri di kelab, Pengerusi SPR buat apa di situ? Tumpang solat? Atau jadi bouncer? So kalau dia nak kata kelab itu tempat pendosa, dia macam mana pula? Pasal gambar yang orang dakwa dia minum dengan perempuan itu, aku tak masuk campurlah.

●     Mazlan Aliman tak berpuas hati dengan pengurangan kos sara hidup warga Felda daripada RM1500 kepada RM1000 sahaja. Katanya sambil mengulang-ulang, “Ini perjanjian…perjanjian. Mana boleh kita ingkar, itu khianat!”. Sedangkan dalam manifesto PH dahulu katanya ada menyebut hal ini, malah akan menaikkan lagi jumlah sehingga RM2000 jika perlu. Dia kata lagi, manifesto itu dibuat selepas kajian mendalam dijalankan.

Bang Lan, dengar sini, manifesto bukan kitab suci, manifesto tak wajib tunai, manifesto PH banyak yang salah kaji, dulu ingat ok, tapi kerana tak sangka seteruk ini BN buat kepada kewangan negara. Ok hafal jawapan ini, senang. Nanti duk sebut janji, janji kena tunai, kena hempuk kat Tun, baru tahu.

MOHD NASIR ABDULLAH
Bukit Payong, Marang – HARAKAHDAILY 31/3/2019