Kayuhan basikal rentas Teluk Intan – Pasir Salak

TELUK  INTAN: KMKM Alternative Cycling Club telah menganjurkan Kayuhan Jelajah Sungai Jejawi merentasi jarak 22 kilometer antara Teluk Intan dan Pasir Salak, bermula dan berakhir di Jeti Sungai Jejawi, di sini semalam.

Advertisement

Disertai kira-kira 50 peminat berbasikal pelbagai usia, acara tersebut dirasmikan oleh Setiausaha PAS Negeri Perak, Mohd Azhar Rafiei, manakala flag off’ oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Rahmat Maliki.

Menurut Azhar, beliau berharap penganjuran sedemikian menggalakkan lagi aktiviti sukan, sekali gus memupuk gaya hidup sihat, serta mengeratkan silaturahim sesama anggota masyarakat.

Katanya, dengan kemampuan pihak KMKM mengendalikan acara tersebut akan menjadi pemangkin penganjuran di laluan lain yang lebih menarik untuk diteroka pada masa akan datang.

Pengerusi KMKM Alternative Cycling Club, Roslan Salim berkata, kejayaan dan sambutan diberikan pada acara tersebut menjadi pembakar semangat pihaknya untuk menganjurkan kayuhan lagi seumpama.

Program tersebut turut mendapat sokongan Alternative Riding Club (ARC) yang mengawal lalu lintas dan Jabatan Amal sebagai petugas kecemasan, manakala jamuan peserta ditaja PAS Cawangan Sungai Jejawi.

Hadir sama pada program tersebut adalah Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik dan Ketua Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Firdaus Ziyaudin yang membacakan doa perasmian. – HARAKAHDAILY 1/4/2019

IMG 20190401 WA0063

 

IMG 20190401 WA0068

 

IMG 20190401 WA0070

 

IMG 20190401 WA0071

 

IMG 20190401 WA0064