PAS sedia tanding PRK P.186 Sandakan

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah secara dasarnya bersedia untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan. Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Sabah yang diadakan semalam.
 
Walau bagaimanapun keputusan akhir hanya akan diputuskan selepas berbincang dengan beberapa pihak lain khususnya PAS Kawasan Sandakan dan ahli parti serta penyokong PAS di kawasan Sandakan.
 
PAS Sabah beranggapan bahawa dalam konteks demokrasi, ini adalah masa terbaik untuk PAS bertanding selepas pilihan raya lepas. 
 
Berdasarkan maklumat awal, kita dapati masih ada beberapa isu setempat dan isu rakyat di Sandakan yang perlu diperjuangkan. Secara umumnya juga, kerajaan baharu masih belum dapat menyelesaikan beberapa isu setempat dan isu negeri Sabah.
 
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya
PAS Negeri Sabah
2 April 2019 – HARAKAHDAILY 2/4/2019
Advertisement