Siku dan lutut politik (10)

●    KERAJAAN Pusat pernah mengambil berbillion wang royalti Terengganu bagi digunakan dalam banyak projek. Termasuk juga projek LPT2 dan projek perumahan oleh SPNB di seluruh negara. Bayaran balik yang dijanjikan ialah kira-kira RM220 juta setahun yang sepatutnya dibayar Januari setiap tahun.

Advertisement

Pada tahun ini, setelah memasuki April, ia masih belum dibayar kerana Kerajaan Pusat meminta ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh lain. Hanya tinggal dua tahun sahaja lagi bayaran itu untuk dilangsaikan, menurut MB. Dan ia belum termasuk wang LPT2 dan perumahan itu. Banyaknya duit Terengganu diberikan kepada orang lain dengan jumlah berbillion ringgit.

Tetapi pemotongan sebanyak 25 peratus daripada royalti Terengganu bagi membayar hutang Kerajaan Pusat telah dibuat. Royalti, Terengganu dapat 75 peratus sahaja, hutang Pusat kepada negeri tidak dibayar pula. Kemudian menyalak si pondan itu kata Kelantan tidak mampu bayar gaji. Pihak dia tak mampu bayar hutang, kira macam mana? Pelikkan?

●     Bas dua alam yang ditempah lain, yang sampai lain. Adakah kerana PRU, jadi MB masa itu buat test run hanya untuk show off? Kijal, MB lama yang tanya soalan ini, mungkin nak balas dendam MB lama Seberang Takir yang ambil kerusi dia dulu? MB lama Kijal cadang report SPRM. Exco Pelancongan senyum jer.

Untuk isu ini PAS tak boleh BPMS kut. Seleweng tetap seleweng. Duit rakyat itu.

●     Katanya antara isi kempen Anwar di PRK Rantau ialah berkenaan kegagalan Tok Mat Hassan mengawal penjualan arak di beberapa tempat seperti kelab golf, berbanding dengan MB PH di Negeri Sembilan sekarang ini. MB telah berjaya menghalang penjualan arak di sebuah kelab katanya. Ok tahniah. Dan atas sebab pengurangan jualan itu, Tok Mat tanya balik PH, siapa yang Taliban sekarang, merujuk kepada pengharaman panggung wayang di Kelantan yang dilabel sebagai Taliban oleh DAP. Jadi bila arak diharamkan, maka seharusnya MB Negeri Sembilan lebih Taliban. Apa yang Tok Mat buat menyalahi agama pasal arak, memang berdosa. PAS tak sokong.

Tapi Anwar memang pening. Masa dia pegang jawatan Menteri Kewangan yang ada kuasa meluluskan lesen judi, dia ok jer lulus. Masa sekarang, berapa negeri yang PKR pegang, lulus jual arak, lesen judi, dia ok jer. Lepas itu, tambah gila, dia sebut semua ok pada Tok Mat sebab berkawan dengan PAS. Sah gila. Tak boleh sebut nama PAS, dia boleh jadi sasau.

PAS di Kelantan dahulu buat pengawalan penjualan arak, Anwar jadi Timbalan atuk, apa pujian dia kepada Kelantan? Tak ada. Masa Terengganu berjaya kawal arak sewaktu dia di penjara, apa komen dia? Dia ok pula. Jadi arak ini dipuji Anwar mengikut keadaan seseorang. Jika kawan, dia puji, jika lawan, dia keji, biarpun baik. Bukan nilai ikut kehendak al-Quran. Tak nampak lagi?

●     Tan Sri Rafidah mengeluarkan pendapat beliau buat sekalian kalinya mengenai agama Islam. Sebab dia menolak hukuman memakai tudung itu adalah kerana katanya suami beliau tiada undang-undang sebegitu. Maknanya bebaslah dia atas isu tudung itu, mahu dipakai atau dibuang. Dan orang PAS, pesan dia, jangan stim memanjang jer, pantang buka tudung, naik. Ini satu juga gila, mesti nak juga belasah PAS.

Jawapan beliau aku lihat dari banyak segi. Satu segi, mungkin dia ingat kepatuhan kepada suami adalah mutlak, walaupun melanggar hak Allah. Dia ingat laki dia yang jaga syurga neraka. Segi yang lain, ia adalah ikut-ikutan dalam beragama, tanpa rujukan sumber utama iaitu al-Quran dan sunnah. Lagi, dia bercakap ikut sedap mulut, asalkan boleh mendiamkan orang, dia kira dia betul. Dia lupa yang Musyrikin Makkah dahulu begitu juga jawapannya. Ikut-ikutan nenek moyang mereka menyembah berhala. Orang sembelih unta, dia sembelih juga, orang potong telinga unta, dia potong juga. Tak tahupun sebab apa. Pasal dosa masing-masing, kalau gitu, tak payahlah ada Nabi dan Rasul yang bertugas larang orang buat dosa, ajak orang buat kebaikan. Mati, golek tubuh masuk kubur sendiri. Nanti dah masuk kubur tak bertudung, jangan sound malaikat pula dahlah, kata malaikat jangan ‘naik’ tengok dia.

MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar – HARAKAHDAILY 5/4/2019