Pemuda santuni mangsa ribut di Lawan Kuda

GOPENG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng telah mengadakan ziarah menemui penduduk dan mangsa yang terlibat dengan kejadian ribut di Perumahan Awam 3, Lawan Kuda, di sini hari ini.
 
Menurut antara mangsa yang ditemui, Jalaludin Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Pak Tam, kejadian pada 1 April lalu sekitar jam 4:30 pagi itu menyebabkan kerosakan dan kecederaan.
 
Katanya, struktur bumbung beberapa kediaman telah diterbangkan angin ribut, manakala anak Pak Tam sendiri jatuh dan mendapat kecederaan hingga dimasukkan ke hospital.
 
Pada ziarah yang turut disertai Pemuda PAS Cawangan Gopeng itu, Ketua Pemuda PAS Gopeng, Harith Hamzah turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa.
 
Pihaknya berharap usaha itu merapatkan ukhuwah dengan masyarakat dan bersedia meluaskan peranan menerusi kerja-kerja kebajikan dalam agenda penyatuan ummah. – HARAKAHDAILY 6/4/2019
Advertisement