Takiyuddin ketuai PAS Kota Bharu

takiyuddin2

KOTA BHARU: PAS Kawasan Kota Bharu telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-52 pada 6 April 2019 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, Kota Bharu, Kelantan.

Advertisement

Mesyuarat agung ini dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Bharu juga telah membuat pemilihan kepimpinannya bagi sesi 2019/2021 sebagaimana berikut:

Yang Dipertua: YB. Dato’ Takiyuddin Hassan (menang tanpa bertanding)
Timbalan Yang Dipertua: YB. Dato’ Dr. Ramli Mamat (menang tanpa bertanding)
Naib Yang Dipertua: Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi
Ahli Jawatankuasa: Ir. Nor Shakiman Mohamad
Aidy Hassan
Mohd Aliman Ismail
Haji Izani Mat
Dr. Haji Nazmi Ghazali
Mohd Nordin Ibrahim
Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin
YM. Tengku Azhar Tengku Zainal Abidin
Nik Hazim Nik Rashid
Ir. Mohamad Hanafi Mahmud
Ustaz Mohd Azil Yaacob
Ustaz Adnan Wazir
Marwan Husin
Irwan Mohamad – HARAKAHDAILY 7/4/2019