Penduduk Rantau terkesan keserasian PAS-Umno

REMBAU: Hubungan erat ditunjukkan antara para petugas PAS dan Umno pada kempen PRK N.27 Rantau bukan sahaja melancarkan gerak kerja, malah merangsang keyakinan para pengundi Dun ini.
 
Ketika sama pengundi turut terpanggil untuk bersama menyahut seruan kesatuan ummah yang telah diteladankan PAS dan Umno, sekali gus menghadapi gugatan terhadap Islam dan Melayu dari PH.
 
Isu tersebut antara mengakar kuat di kalangan penduduk yang dilihat menjadi gelombang sokongan kepada calon BN, selain penolakan terhadap pelbagai agenda mungkir dan rosak telah dibawa PH.
 
Menurut Ketua Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Perak, Monen Abdullah, keserasian semakin membibit antara kedua pihak yang yakin ikatan itu berterusan pada gelombang kebersamaan berikutnya.
 
Petugas PAS Perak pada PRK ini telah ditempatkan bertugas di UPU Kampung Mambau membantu gerak kerja calon BN bersama para petugas Umno Bahagian Kuala Pilah dan Umno Negeri Terengganu.
 
Turut dijayakan secara bersama adalah program kebajikan dan kempen dari rumah ke rumah serta aktiviti bersama masyarakat kampung yang mendapat reaksi baik dari penduduk tempatan di sini.
 
Pujian turut disuarakan Ketua Umno PDM Kampung Mambau, Dato’ Muhamad Nor Nordin yang menyifatkan kerjasama dari petugas PAS Perak sebagai luar biasa dan perlu diteruskan lagi. – HARAKAHDAILY 8/4/2019
IMG 20190408 WA0018
 
IMG 20190408 WA0021
 
IMG 20190408 WA0022
Advertisement