SRITI Darul Hadis adakan temasya sukan

KEPALA  BATAS: Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Hadis Tasek Gelogor telah melangsungkan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-3 di Kompleks Sukan MPSP, Bertam, di sini semalam.
 
Pembukaan kejohanan ini dirasmikan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden, manakala penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.
 
Pelbagai acara dipertandingkan seperti bola sepak dan bola jaring, serta acara balapan antaranya pecut 100 meter dan 4×100 meter serta pelbagai sukaneka melibatkan acara lari dalam guni, tarik bola guna gelung dan lain-lain.
 
Juara keseluruhan diungguli pasukan Rumah Merah, manakala Naib Johan, Kuning dan ketiga, Hijau, sementara Muhammad Syazwan Muhammad Zaharen dan Nuril Aifa Ibtisam Shaid diumumkan Olahragawan dan Olahragawati.
 
Dengan kejayaan penganjuran tersebut bermakna SRITI Darul Hadis telah bersiap sedia menempuh Kejohanan Sukan SRITI Pulau Pinang yang akan dilangsungkan pada 28 April depan.
 
Hadir sama memeriahkan temasya ini adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Tasik Gelogor, Sobri Saleh yang disambut oleh Mudir SRITI Darul Hadis, Ustaz Mohd Kamil Redzuan. – HARAKAHDAILY 8/4/2019
IMG 20190408 WA0063
Advertisement