PRK Rantau: Mood sebelahi Tok Mat

SEREMBAN: “Mood yang ada setakat ini nampaknya menyebelahi Tok Mat. Dapat dilihat dari segi sokongan jentera kelihatan ramai termasuk jentera luar dan tempatan yang turun membantu untuk kemenangan Tok Mat,” kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Advertisement

Beliau berkeyakinan bahawa kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau akan berpihak kepada calon BN, Dato’ Seri Mohamad Hasan yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat.

Ustaz Idris berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Nyatoh.

Naib Presiden PAS itu turun padang untuk memberi sokongan penuh kepada calon BN bagi memenangi PRK Rantau.

Sebelum itu, beliau beramah mesra dengan penyokong PAS dan Umno di pusat mengundi berkenaan. – HARAKAHDAILY 13/4/2019