PAS Taiping kehilangan aktivis komited, dedikasi

TAIPING: PAS Kawasan Taiping kehilangan aktivisnya iaitu Naib Ketua PAS Cawangan Kampung Jana, Abu Talib Sa’ad yang meninggal dunia di Jeti Kuala Kurau, Parit Buntar, semalam.
 
Yang DiPertua PAS Taiping, Ustaz Saidin Asnam menyifatkan Allahyarham Abu Talib sebagai anggota yang sangat komited dan berdedikasi dalam melaksanakan gerak kerja jamaah.
 
Katanya, PAS Taiping merasakan pemergian Allahyarham menjadi kehilangan sebutir permata yang cukup berharga atas istiqamah ditunjukkan kepada perjuangan bersama PAS.
 
Difahamkan, Abu Talib ketika di jeti tersebut telah secara tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri di dalam sampan ketika membuat persiapan untuk memancing bersama para sahabatnya.
 
Walaupun diberi bantuan kecemasan resusutasi kardiopulimonari (CPR), tetapi pasukan perubatan yang tiba setengah jam kemudian mengesahkan beliau telah meninggal dunia.
 
Seluruh saf kepimpinan PAS Taiping merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pinang Seberang, Kamunting, semalam. – HARAKAHDAILY 15/4/2019
IMG 20190415 WA0020
Advertisement