SRI Al-Fateh Tawau mahu kembang operasi

SEKOLAH Rendah Islam Al-Fateh Taman Ria (SRIAFTR) atau nama asalnya Sekolah Rendah Islam Al-Fateh Taman Semarak ditubuhkan pada hujung tahun 2014. Sekolah ini mula beroperasi di TB 14902, Lot 2, tingkat bawah, Taman Sejati, Jalan Kuhara, Batu 5, 91000 Tawau, Sabah. 
 
Pengurusan sekolah dikelola oleh sukarelawan yang menganggotai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) yang terdiri daripada kalangan penjawat di Pengajian Tinggi, ahli-ahli akademik, ahli perniagaan.
 
Tujuan sekolah ditubuhkan bagi memberi didikan ke arah melahirkan insan yang berpotensi tinggi dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menjadi warganegara yang baik dan bermanfaat di masa depan. Seterusnya melahirkan insan yang cemerlang dalam penguasaan ilmu agama.
 
Pada awal penubuhan SRIAFTR, tenaga pengajar hanya bermula dengan empatguru dan 30 pelajar. Pada masa tersebut kelas hanya dibuka untuk pelajar tahun satu sahaja.
 
Pada tahun 2017, tenaga pengajar telah bertambah seramai 11 guru, seorang kerani dan dua pekerja am. Pada tahun tersebut pelajar telah bertambah kepada 87 pelajar dan mempunyai tiga kelas terdiri dari tahun 1, 2 dan 3. Kini tahun 2019, pelajar semakin meningkat iaitu seramai 156 pelajar terdiri dari pelajar tahun 1 hingga 6.
 
Dengan pertambahan pelajar guru juga bertambah menjadikan semuanya seramai 17 guru. Sistem kurikulum SRIAFTR terbahagi kepada tiga aliran iaitu akademik, agama dan tahfiz. Pelajar juga didedahkan kepada aktiviti kokurikulum.
 
Pada masa kini SRIAFTR hanya memiliki bangunan satu tingkat yang terdiri dari lima kelas, ruang guru,ruang makan, ruang solat dan dapur. Ruang-ruang yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan orang ramai yang menginginkan anak mereka untuk memasuki sekolah ini.
 
Dana pembangunan sekolah dikelolakan oleh Jawatankuasa Dana Sekolah. Tabung dana pembangunan SRIAFTR ialah satu tabung khas yang diwujudkan bagi menampung perbelanjaan pembangunan fizikal sekolah. Semua sumbangan yang disalurkan ke tabung dana akan dibelanjakan untuk aktiviti pembangunan terutamanya pembinaan bangunan baru, untuk menaik taraf kelas, bilik guru, surau dan ruang makan. 
 
Anggaran kos perbelanjaan bagi menyiapkan bangunan baharu adalah RM300,000. Pihak Sekolah sangat mengharapkan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan pembangunan yang sedang giat di laksanakan.
 
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sekolah Rendah Islam SRI Al Fateh 5600 3606 5817. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 089-755806, pejabat sekolah. – HARAKAHDAILY 16/4/2019
IMG 20190416 WA0066
 
IMG 20190416 WA0064
 
IMG 20190416 WA0063
 
IMG 20190416 WA0062
 
IMG 20190416 WA0061
 
IMG 20190416 WA0060
 
IMG 20190416 WA0058
Advertisement