Amal kembali sikap cakna masyarakat

KOTA BHARU: Sikap cakna terhadap masyarakat yang menjadi amalan orang tua-tua sejak dahulu hari ini dianggap semakin pupus.

Advertisement

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, amalan yang menjadi lumrah orang dahulu selaras dengan tuntutan Islam.

Katanya apa yang berlaku sekarang masyarakat tidak lagi mengambil peduli biarpun masalah sosial berlaku di hadapan mata.

“Orang tua dahulu kalau terjumpa anak muda biarpun tidak dikenali di tempat yang boleh mengundang bahaya dimintanya pulang ke rumah.

“Ibu bapa akan berterima kasih kerana ada anggota masyarakat yang menegur kesilapan anak mereka,” katanya ketika merasmikan Penyampaian Ganjaran Penghulu Bersara 2018 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Majlis Penghulu Kelantan Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abd Rahman, anggota-anggota Exco, Adun dan pegawai kerajaan.

Oleh Mohd Amar berharap anggota masyarakat menghidupkan semula amalan orang lama yang mengambil tahu anak jiran tetangga. – HARAKAHDAILY 17/4/2019