Presiden PAS tinjau Pemilu Indonesia

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meninjau perjalanan Pemilu Indonesia di Provinsi Jawa Tengah, hari ini.

Advertisement

“Hari ini saya meninjau perjalanan Pemilu Indonesia di Provinsi Jawa Tengah,” ujar beliau menerusi laman Facebook.

Menurutnya, banyak perkara yang boleh dipelajari daripada kebebasan media dan suasana berkempen bagi Pemilu dan Pilpres yang diadakan serentak melibatkan lebih 190 juta pengundi dan 809,500 tempat mengundi.

“Saya turut melawat Masjid Agung Jawa Tengah dan Masjid Agung Demak, bagi mengenang jasa ulama dan sultan yang berganding bahu memperjuangkan Islam dan menentang penjajah,” ujarnya yang juga Ahi Parlimen Marang. – HARAKAHDAILY 17/4/2019

pemilu3

pemilu2