Pulih semula pasukan bola sepak Perlis

KANGAR: Kerajaan negeri digesa memulihkan kembali pasukan bola sepak Perlis memandangkan Singa Utara itu semakin ketinggalan berbanding pasukan lain sekarang.

Advertisement

Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli berkata, kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menjejaskan prestasi pasukan tersebut.

Menjawab isu berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Hamizan Hassan berkata pihaknya turut membantu PFA termasuk berusaha menghidupkan kembali liga tempatan.

Begitu juga katanya urusan kewangan PFA juga turut dibantu kerajaan negeri.

“Cuma kerajaan negeri tidak masuk campur urusan pentadbiran atau pengurusan PFA biar pun pengurusan didapati tidak berjalan lancar.

“Urusan pentadbiran diputuskan sendiri jawatankuasa persatuan,” katanya pada persidangan Dun semalam.

Sebelum ini Liga Bolasepak Malaysia membatalkan penyertaan PFA dalam Liga Perdana selepas pasukan Singa Utara berdepan kemelut kewangan. – HARAKAHDAILY 17/4/2019