Pesanan Presiden PAS kepada anak muda

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Indonesia terkenal dengan kerancakan penerbitan buku-buku dan terjemahan.

Advertisement

“Saya sempat singgah di toko buku di ibu kota Jawa Tengah,” ujarnya menerusi laman Facebook. Beliau berada wilayah itu untuk meninjau Pemilu Indonesia yang berlangsung semalam.

Tuan Guru tertarik dengan sebuah buku yang dikarang oleh Snouck Hurgronje, orientalis barat yang menetap di Acheh dan memeluk agama Islam semata-mata mahu mengkaji tentang budaya masyarakat Islam di Acheh dan politik umat Islam.

Menurutnya, antara yang disebut dalam buku itu ialah Barat tidak kisah orang Islam mengamalkan ajaran agamanya, tetapi Barat kisah dan risau adanya gerakan politik Islam yang bercita-cita menguasai negara dan pentadbirannya.

“Pesanan saya kepada anak muda, banyakkan membaca,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. – HARAKAHDAILY 18/4/2019