DAM medan kupas dan jelas isu semasa

PADANG RENGAS: Isu ekonomi ternyata begitu dekat di hati generasi muda sebagaimana tergambar dari kehadiran pada Dialog Anak Muda (DAM) yang dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas, pagi tadi.

Advertisement

Program tersebut menampilkan Pengarah Strategi Pemuda PAS Malaysia, Syahir Sulaiman yang membicarakan topik “Ekonomi Anak Muda: Apa Nak Jadi?” dan dilangsungkan di Warung Chu Endan, Pekan Lubuk Merbau, di sini.

Pelbagai persoalan turut diajukan hadirin antaranya isu Tabung Haji, kos sara hidup, cukai, PTPTN, SSPN, wakaf pendidikan, karier mahasiswa, pengurusan kewangan, sistem konsortium, keusahawanan dan perniagaan.

Ketua Pemuda PAS Padang Rengas, Muhammad Helmi Affindi Ali berharap hasil diskusi yang amat berharga ini dapat dikongsi di peringkat akar umbi sebagai kandungan penerangan dan maklumat semasa perlu diketahui masyarakat.

DAM yang menjadi jenama diskusi bersiri dicetuskan Pemuda PAS Padang Rengas itu rutinnya menampilkan ahli panel terdiri dari kalangan anak muda bagi membicarakan isu-isu menyentuh sekitar diri anak muda dan negara.

Turut dijalankan sempena program ini juga Dialog Mahabbah antara Syahir bersama barisan kepimpinan PAS Padang Rengas, membahas perbagai perkara untuk diketengahkan pula penggerak parti ke medan masyarakat. – HARAKAHDAILY 20/4/2019

IMG 20190420 WA0072

 

IMG 20190420 WA0071