Kursus hasil bebola dan kek ikan dapat sambutan

LUMUT: Lajnah Ekonomi Pemuda PAS Kawasan Lumut buat julung kalinya telah menganjurkan kursus pengasilan kek dan bebola ikan di Bengkel Roti Kampung Pasir Panjang Laut, di sini hari ini.
 
Kursus dijayakan dengan kerjasama Pengusaha Kilang Makcu Jaya, Shuhaimi Mohd Amin yang memberi tunjuk ajar sepenuhnya kepada 60 peserta dalam kalangan penduduk tempatan.
 
Objektif utama kursus ini sebagai menyahut perintah Allah S.W.T agar setiap Muslim memastikan sumber, pembuatan dan cara penghasilan halal dan berkualiti termasuk dalam hal pemakanan.
 
Menurut Yang DiPertua PAS Lumut, Rasli Abd Rahman, menerusi kursus tersebut para peserta didedahkan kemahiran menghasilkan produk berasaskan hasil laut yang boleh dilakukan masyarakat setempat.
 
Malah katanya, melalui bengkel dijalankan ini juga, turut memberi dorongan kepada peserta untuk terlibat dalam aktiviti jualan kecil-kecilan berasaskan kemahiran yang dimiliki bagi menjana ekonomi keluarga.
 
Selain itu ujarnya, aktiviti dianjurkan itu penting kepada umat dalam menguatkan semangat perpaduan dan persaudaraan yang diharap dilangsungkan lagi dengan kursus lain di masa akan datang.
 
Hadir sama meraikan para peserta pada kursus dijalankan itu adalah Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin dan aktivis masyarakat, Raai Yusuf. – HARAKAHDAILY 20/4/2019
IMG 20190420 WA0033
Advertisement