Muslimat Lumut Sepagi Bersama Ustazah Pilihan

LUMUT: Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Diri Jumaat Madrasatul Dakwah Islamiyah (MADAH) telah menganjurkan program Sepagi Bersama Ustazah Pilihan di Seri Manjung, di sini semalam.

Advertisement

Program sempena Nisfu Sya’ban itu merupakan majlis ilmu khas kepada Muslimah dalam memperkukuh jati diri ke arah keredaan Allah, disamping memperbaiki aspek berkaitan gerak kerja sebagai anggota pendukung dakwah.

Penganjurannya mendukung kalam dituturkan Ummul Mukminin Aisyah R.A bahawa, “Sesiapa yang meninggalkan menuntut ilmu, maka akan ada titik hitam dalam hatinya hingga menyebabkan sifat-sifat mazmumah.”

Pengisian siri kali ini menampilkan Ketua Penerangan Muslimat PAS Perak, Ustazah Hasna’ Abdul Samad yang juga Mudirah Tahfiz Al-Ummah Taiping, mengupas cara Rasulullah S.A.W dan Sahabat R.A menghidupkan malam Nisfu Sya’ban.

Antaranya hurai beliau, adalah dengan menyemarakkan bacaan al-Quran serta melakukan solat-solat sunat, yakni usaha meningkatkan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Termasuk nasihat beliau kepada hadirin pelbagai golongan usia itu berhubung penjagaan adab di dalam majlis-majlis yang dibacakan ayat suci al-Quran khususnya pada majlis tadarus.

Beliau juga menyentuh peranan dan awlawiyat kaum Muslimah berdakwah terhadap wanita lain, selain kepentingan dalam mengurus hal ehwal rumah tangga dalam menggapai keberkatan kurniaan Allah kepada kehidupan.

Hadir sama di ‘taman-taman syurga’ itu adalah Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin bersama Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Lumut serta Ahli Jawatankuasa Madrasatul Dakwah Islamiyah. – HARAKAHDAILY 21/4/2019

IMG 20190421 WA0006

 

IMG 20190421 WA0005