Terengganu Go Clean cipta rekod MBOR

KUALA NERUS: Pelancaran Terengganu Go Clean peringkat negeri Terengganu yang diadakan secara serentak seluruh negeri ini, di lokasi pesisir pantai direkodkan di dalam Malaysia Book of Records (MBOR), sebagai penyertaan teramai bagi aktiviti pembersihan pantai di Malaysia.

Advertisement

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, lokasi pembersihannya bermula di selatan negeri Terengganu iaitu Kemaman di pantai Kuala Kemaman, Teluk Kalong Chukai, Penunjuk Kijal, Kemasik dan Kertih.

Katanya, di daerah Dungun melibatkan pantai Teluk Gadong, Teluk Lipat, Teluk Bidara dan Batu Pelanduk.

“Di Marang, pantai peranginan Kelulut, pantai Pulau Kekabu dan pantai Rusila. Di Kuala Terengganu pula, pantai Pandak Chendering, pantai Lagun Kuala Ibai, pantai Batu Buruk dan Pesisir Payang Dataran Shahbandar,” ujarnya ketika berucap pada majlis perasmian Terengganu Go Clean Peringkat Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud di Pantai Teluk Ketapang, di sini, hari ini.

Jelasnya, di daerah Kuala Nerus melibatkan pantai Seberang Takir, Teluk Ketapang, Tok Jembal UMT, Mengabang Telipot dan Batu Rakit.

Tambahnya, di bahagian utara bermula di Setiu iaitu pantai Bari, Jeti Merang, Rhu 10 Penarik, Mangkuk dan Setiu Wetland.

“Dan di daerah Besut pula melibatkan pantai Dendong, pantai Bukit Keluang dan pantai Air Tawar Kota Putra. Manakala, di daerah Hulu Terengganu hanya melibatkan Kuala Berang Water Front,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya amalan penjagaan kebersihan sekeliling merupakan eleman yang penting dalam kehidupan bermasyarakat. – HARAKAHDAILY 20/4/2019

go clean 4