PAS kutuk serangan pelampau di Sri Lanka

PAS melahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa serangan pelampau ketika sejumlah penganut Kristian sedang menyambut perayaan Easter di Sri Lanka.

Advertisement

PAS menyifatkan insiden tersebut sebagai suatu tindakan terkutuk yang melampaui batas kemanusiaan, malah bertentangan dengan ajaran agama Islam yang menuntut umatnya untuk menghormati hak penganut agama lain dan melarang daripada merosakkan rumah ibadat walaupun ketika dalam peperangan.

PAS menegaskan bahawa toleransi antara agama adalah amat penting bagi mewujudkan keharmonian dalam negara, dan PAS menzahirkan solidariti kepada Sri Lanka untuk mengembalikan keamanan setelah berhadapan dengan serangan terkutuk ini.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Syaaban 1440 / 22 April 2019 – HARAKAHDAILY 22/4/2019