Perak bergolak Aziz mahu jadi MB

AUDIO seorang Exco Perak menyerang kredibiliti Menteri Beaarnya telah viral di media sosial. Hari ini akhbar The Star mendedahkan tokoh itu adalah Dr Abd Aziz Bari dari DAP.
 
Semalam kesemua 10 ahli-ahli Exco PH Perak termasuk Aziz mengadakan sidang akhbar menyatakan taat-setia pada Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai MB.
 
Tapi menurut akhbar berkenaan tidak sampai sejam kemudian Aziz menyatakan kehadirannya semata-mata ‘on orders’ atau atas arahan.
 
Mereka suruh saya datang maka saya datang kata Aziz. Dan beliau menambah “everyone knows the game” semua orang tahu permainannya. Bermakna ia semua sandiwara.
 
Dalam tenang rupanya krisis di Perak adalah ‘real’ dan Aziz terang-terangan menyatakan ketidakpuasannya terhadap MB Perak.
 
Sebelum ini Aziz menyatakan pada akhbar yang sama  bahawa Ahmad Faizal tidak punya ketokohan sebagai MB. Dan beliau sanggup ‘change shirts’ atau tukar baju dari DAP ke Bersatu jika itu boleh menjadikannya MB!
 
Ahmad Faizal pula mendakwa Aziz hanyalah duri dalam daging kerajaan PH Perak. Beliau melakukan semua ini kerana ghairah mahu jadi MB.
 
Pastinya perkembangan ini sungguh menarik kerana kerajaan PH Perak tidaklah segagah mana.
 
DAP bagaimana? Tidak mahu pecat Aziz? Atau memang ini ‘game’ DAP untuk menaikkan Aziz sebagai MB DAP yang pertama?
 
Saya yakin sejak awal-awal lagi itulah agenda DAP. Tetapi entah macam mana ia tidak menjadi dan reaksi Aziz ini kerana ia telah dijanjikan DAP jawatan MB. Takkanlah bekas Profesor Undang-undang setakat jadi Exco sahaja.
 
Bergolaklah sampai hangus. – HARAKAHDAILY 23/4/2019
 
Advertisement