Projek ECRL dijangka bermula 2020

KOTA BHARU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan dijangka akan memulakan pembinaan pada tahun hadapan.

Advertisement

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan ECRL pada pertemuan yang diadakan hari ini.

Katanya, pembinaan ECRL kekal mengikut keputusan kerajaan persekutuan baru-baru ini iaitu tidak melibatkan jajahan Tumpat.

“Sebelum pembinaan dijalankan ia perlu dibentangkan terlebih dahulu kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG),” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan pengurusan ECRL di Kota Darulnaim.

Rombongan itu diketuai Ketua Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd Dato’ Sri Darwis Abdul Razak. Hadir sama anggota Exco Dato’ Sr Mohd Azami Mohd Nor. – HARAKAHDAILY 22/4/2019