Tuntutan agar para ulamak meningkatkan diri

BATU KAWAN: Peranan di saf hadapan memimpin ummah berlandaskan syariat menuntut golongan ulamak untuk sentiasa mengambil berat terhadap akhlak dan sahsiah diri.

Advertisement

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengingatkan, ini kerana tindak tanduk para ulamak sentiasa diperhati dan diperkatakan oleh masyarakat yang menghormati mereka.

Perkara tersebut dinyatakan beliau ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang Kali Ke-40 di Majmak Turath Islami, Juru, di sini semalam.

Kemuka beliau, utama perlu dikuasai adalah ilmu di mana memerlukan perancangan bulanan termasuk mengadakan muzakarah dan istinbat hukum terhadap permasalahan semasa.

Perincinya, sesuai dengan cabaran semasa, bidang perlu dikuasai itu antaranya fiqh ta’awun, fiqh ma’alat, fiqh siyasah, qawaid fiqhiyyah, tarikh tasyri’ dan qadhaya muassarah.

Ulamak juga peringatnya, wajib memiliki jiddiyyah yakni kesungguhan dalam bekerja sebagaimana teladan ditunjukkan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi biarpun kurang sihat.

Sikap itu menurut beliau, adalah siap sedia para ulamak untuk bekerja dalam keadaan cergas sebagai pengurusan diri pemimpin yang akan bertindak sebagai pemerintah kelak.

Ustaz Idris turut menyarankan para ulamak mempelajari pengurusan moden yang kini dirancang pengisian tersusunnya oleh Lajnah Tarbiah bersama ILHAM.

Maklum beliau, usaha tersebut giat diadakan bertujuan ke arah melahirkan amilin PAS yang berfikrah jelas serta dapat menggerakkan parti secara profesional.

Paling penting juga seru beliau, para ulamak mesti turun ke medan mendampingi rakyat terutama menyantuni hal ehwal kebajikan sebagaimana peranan pemerintahan Islam. – HARAKAHDAILY 22/4/2019