Makin ramai sertai DHPP di Kelantan

KOTA BHARU: Sokongan masyarakat non-Muslim terhadap kerajaan Kelantan semakin bertambah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Advertisement

Anggota Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Taigerajan a/l Ramasamy berkata, berkata, seramai 336 ahli baharu menyertai DHPP di Kota Bharu.

Menurutnya, DHPP menjadi pemangkin sokongan bukan Islam terhadap PAS khususnya terhadap kerajaan Kelantan.

“Perkembangan yang berlaku itu cukup positif selepas mereka merasai sendiri kegagalan kerajaan PH sekarang.

“Malah sokongan non-Muslim juga tidak terjejas biarpun ada dakwaan DAP melebarkan sayap di Kelantan sekarang,” katanya di sini.

Baru-baru ini DAP Kelantan mendakwa berjaya menubuhkan 26 cawangan di seluruh Kelantan iaitu berlaku pertambahan 22 cawangan selepas PRU14. – HARAKAHDAILY 23/4/2019