PAS Dun Manjoi giat kempen daftar pemilih

IPOH: PAS Kawasan Tambun menerusi kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menggiatkan urusan daftar pemilih yang dijalankan khusus bagi Dun Manjoi.
 
Dengan bantuan van kaunter bergerak, hebahan dan kempen tersebut mensasarkan pendaftaran pemilih baru serta urusan berkaitan yang diadakan di Pasar Malam Taman Jati, Meru, di sini kelmarin.
 
Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Tambun, Ishak A Sani, usaha tersebut bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran mengenai kewajipan mengundi, tetapi juga keperluan mendaftar sebagai pemilih.
 
Manakala Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Tambun, Muhamad Mahathir Abdullah pula menyatakan, hebahan seperti itu bukan hanya peranan SPR, tetapi kewajipan bersama yang perlu diadakan di banyak platform dan medium.
 
“Hal demikian kerana bentuk pemerintahan di Malaysia adalah demokrasi, melibatkan rakyat secara terus melalui pemilihan kerajaan. Kesedaram seperti ini perlu diterangkan agar rakyat faham dan tidak salah memilih,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 28/4/2019
Advertisement