Santai BBQ, mandi sungai satukan anak muda

PADANG RENGAS: Pemuda PAS Cawangan Paya Ranggam Baru telah menganjurkan program Bakar Ayam BBQ dan Mandi Sungai di Pusat Rekreasi Batu Ampar, Kampung Paya Lintah, di sini semalam.
 
Seramai hampir 50 peserta mengambil bahagian dalam program santai tersebut yang bertujuan mengeratkan hubungan khususnya generasi muda dengan kegiatan seperti itu.
 
Walaupun sekadar suka-suka bermandi sungai, membakar ayam dan makan, kefarduan solat berjemaah dilaksanakan dalam mendidik peserta terhadap kewajipan yang tertinggi itu.
 
Setiausaha Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas, Ustaz Azani Adam berharap penganjuran seumpama untuk terus mendekati masyarakat khususnya anak muda dapat sentiasa dijayakan.
 
Ketua Pemuda Paya Ranggam Baru, Ahmad Fadhil Noor Ridzuan pula berharap anak muda menyedari harapan bahawa mereka adalah masa depan kepada negara yang dilihat sebagai pemimpin. – HARAKAHDAILY 28/4/2019
Advertisement